Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam
pertama. Pada tengah malam pertama itu, tiba-tiba isterinya mengerang,
“Adui.. Sakitnya bang… ! Macam mana nkisah malam pertamai bang..?”
Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti
emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik
mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin. Isterinya teresak-esak
mengerang “… Sakitnya Bang”
Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat
mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit
suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”
Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang
terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah
malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia
bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.
Dengan rasa geram si ayah mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak
faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT
SEKARANG JUGA!” …
Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin
perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh
mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”
0 comments:
Post a Comment